Saturday, December 9, 2017

Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 5, Bukchon Hanok, Gyeongbukgung, Gwanghwamun Square, Busan, Haeundae Beach

lets start the next entry shall we?

but before that, below are the links for my previous entry,
feel free to check it out.
Also,here's the link  to check our itinerary google drive link: Misi Mencari Rain

Part 1: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 1, Readiness
Part 2: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 2, Airport to Gyeongju

Part 3: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 3, Gyeongju, Nami Island

Part 4: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 4, Myeongdong, Namdaemun,  Insadong, BoA, Namsan Tower

It was raining that morning. 
After breakfast, we start our journey to Bukchon Hanok Village.
This is the place where we can see traditional Korean Houses that have been there for decades.

dari Itaewon station, we exit at anguk station and walked there.
You can take a map that indicate places that is nice to take picture at the tourist information centre there.

It was raining heavily that day, but that doesnt stop us to have fun.
Below are few pictures we took at Bukchon Hanok Village.

















Lepas jalan2 kat bukchon hanok village, kitorg bergerak ke Gyeongbukgung. Nak gi Gyeongbukgung ni jalan kaki je dari hanok village ni. Gyeongbukgung ni adalah salah satu istana kat korea. Kawasan die sangat besar dan luas. penat gak berjalan dalam hujan. beberapa kali gak la payung aq kene tiup angin and aq terkebelakang. Tapi when that happens, kitorg gelak2 je. I guess, when you are a tourist, nothing can stop you from having fun. 


















belakang tu org betul, bkn patung

menurut kepercayaan org Korea, kalau kite sentuh hidung dol-harubang ni, kite akan dapat anak dalam masa setahun. dann... setahun kemudian, aq masih belum kawen. 






Behind all the smiles in the picture, was actually a very tired tourist.



Selepas itu, kitorg bergerak ke gwanghwanmun Square berdepan dgn gyeongbukgung palace. Kat sini terletaknye statue the most respected King that built Korea today. King Sejong adalah Raja yg wujudkan tulisan dan bahasa Korea sendiri. Dan byk lagi jasa2 die yang lain. 

Kat sini gak tercetusnya pergaduhan antara aq dan naily. herher.





Alkisahnye, time ni dah tgh hari. dan dalam schedule kitorg kene gerak ke busan dalam kol 2.30 and dah beli tiket. masa ni kitorg masih belum lunch dan kene balik itaewon utk amek beg. dari itaewon kene gi seoul station. Naily risau kalau kitorg terlepas train. 
Dan sebagai seorg yg sgt rilek, aq dgn tiada common sensenyer ckp "kalo x sempat naik kol 2.30, kite naik ptg sikit la". andddd... that triggered naily.

tetibe die buat muka sepanjang jalan ke train station dan tinggalkan aq n fiq kat belakang. 
Aq cam "apa pulak masalah minah ni." aq pulak akan triggered kalo tetibe org buat muka and xnak ckp apa masalah die.  

Sampai kat satu restoran area hotel kitorg, duduk je kat meja tu, aq teros sergah naily. "sekarang apa masalah kau?". Tapi, disebabkan org kedai tu rupanya pandai cakap melayu, so aq x brp nak jadi utk teruskan pergaduhan kat situ. Naily pon ckp "nantilah aq ckp ngan kau". (citer die panjang lagi sebenarnye, tpi aq ringkaskan)

bergaduh punya pasal, x amek pon gamba makanan kat situ. lelz. 

lepas jalan2 kat itaewon kejap, kitorg amek beg and bergerak ke seoul station utk naik train ke busan. dalam train naily dok ngan fiq, aq dok sorg2. sampai kat guesthouse yang kitorg dah book kat airbnb pon aq masih awkward dengan naily. Aq cam nak cepat2 get closure ngan naily, tapi sampai maghrib baru naily start utk bgtau apa masalah die.Masa tu aq tgh depan tv. seram gak bila tetibe naily bersuara "dhiya, sekarang ko nak dgr tak apa masalah aq, kalo nak, baik ko tutup tv". cepat2 aq tutup tv. 

Naily bengang sbb aq dgn selamba je ckp utk tukar train. Tapi kite xtau apa akan jadi kalo terlepas train. nak kene bayar balik ke cemana ke. Die pon bengang gak sbb kitorg(aq n fiq) mcm rilek2 sangat x brp nak ikot time and schedule. So, die dah penat2 plan, at least kitorg kene la ikot plan. Bkn selamba je ckp nak tukar train which may lead to great consequence.
Membe aq ckp, kalo terlepas train kene bayar 50% dari harga tiket utk beli tiket baru. But gladly, we make it to the train in time. 

Aq diam n dengar je sepanjang naily meluahkan rasa ketidakpuas hatian die. Faham la tahap stress die cemana berjalan ngan aq n fiq. Tpi aq pon ckp gak kat naily, jangan la tetibe tarik muka camtu kalo x puas hati. Kalo rasa marah bila aq ckp nak tukar train, marah je la aq kat situ. ckp, "Eh kau ni, sukati je nak tuka train, kalo kene bayar lagi cemana?". Settle masalah kat situ. Xyah tunggu sampai maghrib untuk berbaik semula. I mean, kekadang aq ni kurang common sense. Tapi nak wat camne, masing2 pon kepenatan, bende kecik pon jadi sensitif.

Tapi, i guess we both valued our friendship more than our ego. lepas tu kitorg pon bersalaman2 (air mata aq mengalir gak la time tu, dasar airmata drama) berpelukan dan membahan peristiwa tersebut. November 2018 aq akan pergi jepun plak berdua ngan naily. Xtau la kalo mungkin ada episode baru kat Jepun plak. herherher. Tapi xyah la naily, penat ah nak bergaduh.

Lepas berbaik2, kitorg pergi haeundae beach. dalam 10minit la jalan kaki dari guesthouse kitorg.
Then, kitorg gi shopping mall kat area situ naik teksi utk beli barang2 makanan sepanjang kat busan plak. kat shopping mall tu gak la kitorg borong banana uyu utk bawak balik malaysia.
Kat busan train station. Masa ni masih bergaduh dengan naily. Ada jarak awkward antara aq n naily disitu. herher. Tapi masih kene senyum dalam gambar. Be professional. 
Busking kat haeundae beach


kat lobby bawah guesthouse kitorg. masa ni dah berbaik



seorg dhiya nak tido

Scenery malam kat haeundae beach cantik. Tapi amek gambar malam2 ni x berapa nak cantik plak. xpelah, biar sahaja ia tersemat didalam memori ingatanku.


Sekian sahaja, entry kali ini. Entry seterusnya adalah entry terakhir. entah bila akan siap. mungkin esok. mungkin. 
tak pasti. tiada yang pasti di dalam dunia kecuali mati.


Saturday, October 7, 2017

Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 4, Myeongdong, Namdaemun, Insadong, BoA, Namsan Tower

Took me another month to write this entry..
sense of urgency has kicked in..
I need to at least finish all the entry within this year..
its been too long already.. haih...
dhiya and her procrastination tho...

Below are the link to the previous entry i've made for this travelogue..
feel free to check it out..
Part 1: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 1, Readiness
Part 2: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 2, Airport to Gyeongju

Part 3: Travelogue Korea 6D5N (RM2.5K): Part 3, Gyeongju, Nami Island

The next day we were already in seoul.
travelling from busan to gyeongju to seoul have been quite an awesome experience...

Since we are staying in itaewon, we need to plan carefully where we wanna go and how to get
there..
Luckily.. we have naily..
aq and fiq mmg xleh nak diharap bab2 jalan ni..
aq ok lagi rasanye.. fiq?.. hmmm...
Naily dah siap2 install satu apps ni Subway-King utk tau route train kat korea..
And kitorg pon dah google siap2 cemana nak tukar line train, nak exit kat mana, and exit no berapa..
seriously, it can get confusing.. (you can check it here: google drive link: Misi Mencari Rain)
tapi disebabkan kitorg ada naily.. kitorg x pernah pulak sesat sepanjang kat sana.. confuse sikit tu perkara biasa... negara org kan..

First day kat seoul,
kitorg plan nak gi korean entertainment agency pagi tu..
tpi aq malas and sume org pon lambat bgn... x jadi nak gi..
i guess i'm not really a die hard fan of kpop.. huhu.. or i'm just really tired..
so, pagi tu kitorg siap2 and breakfast nasi, telur goreng, kimchi mcm dinner semalam..
perut harus diisi sebaik2nye sbb jauh perjalanan harini..

first destination is myeongdong..
kat sini adalah syurga cosmetic product..
lotion, face mask, eyeliner, foundation, pencuci muka.. semua ada..
dan semua murah2..
kitorg gi myeongdong sebenarnya nak gi seoul global culture centre sebab nak experience pakai hanbok free..
ada je few choices utk experience pakai hanbok ni.. tpi kat sini is one of the free-charged experience..
lagipon dekat dgn myeongdong, so ada masa lebih nak shopping kat myeongdong...

need to put this picture first since it will become the cover of my facebook post


Kitorg sampai myeongdong mcm awal gak..
seoul global culture center ni x bukak lagi...
and ada few shops je kat myeongdong tu yang dah beroperasi...
sementara menunggu tu kitorg cuci2 mata jap..
tgh2 cuci tu aq plak terbeli facial mask kat the face shop..
60 sheets (various choice from blueberry to rice and cucumber) baru dalam 30kwon..
kalo convert duit mesia, satu face mask tu dalam 2 ringgit lebih je.. so murah la kan..

and sementara menunggu tu gak.. kitorg usha2 convenience store utk cari banana uyu..

pagi2 jalan lengang xde org
Berjalan jauh untuk cri banana uyu



Dalam  pukul 9.30 Seoul Global Culture Centre tu dah open for service.
Masa kitorg smpai tu, ada few tourist before us yang tgh try hanbok,
So, kitorg next in line.
Berikut adalah few pictures taken.
Before

After







Pose gedik, kerana gedik dan perempuan berpisah tiada.







 Oh ye. Masa pergi ni tgh hot cerita descendant of the sun. Ala, yang song joong ki and song hye kyo tu. So diorg ada offer utk baju seragam askar time tu. Tpi, aq xdelah minat sgt nak pakai baju askar, lgipon kene bayar. huhu.

Tapi masa kat train station ada gak la jumpa oppa2 yang tgh pakai baju askar jalan2 kat sana. Aq rasa maybe time rehat dorg kot.
Setiap kali nampak dorg lalu je aq akan nyanyi "Evertimeee I Seee you..." (OST Descendant of the Sun)
Aq ada gak la acah2 nak bukak tali kasut, kot2 jadi scene cam kat bawah ni ke. Tapi cubaan itu sentiasa dihalang oleh naily and fiq.


Gigih gak aq google GIF ni

Kitorg diberi masa around 20 minutes je nak bergambar. Lepas siap, kitorg pon bergerak utk shopping kat myeongdong. As i've mentioned previously, myeongdong ni syurga kosmetik produk.
aq borong facial mask, lotion, hand sanitizer, compact powder and few other things jugak la. brp total habis? ntahleh.. x ingat. tpi aq ingat aq ada withdraw lagi duit kat atm sana. hahaha..

Oh ye.. masa ni aq x shopping apa2 lagi... kitorg just tgk2 and survey2 je..
Sbb dah tgh hari, kitorg bergerak ke Hongdae untuk lunch...
Kat sini ada satu travel house yang sediakan makanan korea yg halal...
ramai jugak org malaysia makan kat sini..
tapi sebelom smpai kene order dulu.. Naily dah siap2 PM die kat facebook pagi tu..
BoA travel house ni akan  sediakan pelbagai jenis Doshirak yang kite boleh pilih from their menu..
Harga dalam 7000 to 8000 won.. ok la.. berbaloi..


Topokki and tuna kimpab

Jajangmyun!!!!

Bulgogi Doshirak

Kimchi Fried Rice and topokki


Seorg dhiya nak tido selepas kekenyangan





pastu kitorg jenjalan kat hongdae sekejap, tpi just jalan2 je sbb xde apa sangat... org ckp night live kat hongdae yang up sikit.. tapi disebabkan kitorg gi siang...xde apa sangat...

Then, kitorg bergerak pergi Insadong.. Insadong ni tempat shopping gak.. kat sini aq, naily and fiq terserempak dengan satu kedai yang jual beg murah giler!!!! semua bag die jual dalam harga 10kwon je. and semua lawa2. 10kwon tu kalo convert malaysia dalam 40 ringgit. So, plan asal xde nak beli bag pon, tetibe terbeli. dan aq terbeli dua beg. herheher. Bag die cantik2 plus tahan lama. Bag yang aq beli tu aq and adik aq pakai sampai sekarang tahan. dah setahun lebih.

Insadong ni mcm up sikit. barang2 souvenir cam keychain ke fridge ke mahal sikit dari nandameun market. Nandameun tu sebelah myeongdong je. tapi ok la, kalo x pergi insadong, xdela jumpa beg murah.



Insadong

kat exit Insadong 

Lepas gi insadong, kitorg patah balik myeongdong. Masa ni baru start shopping.
masa ni gak berlaku kisah menarik dimana kitorg berjumpa dgn "fighting Unnie" yang selamatkan kitorg dari scammer.

Kisahnye begini,
3 girls with scarves surely will attract attention from people of foreign country which Islam is not the main religion.
So, we will be vulnerable to people yang try untuk amek kesempatan..
Alkisahnya, masa tgh sibuk2 shopping kat myeongdong, ada sorg uncle and sorg akak ni approach kitorg..
Msa tu kitorg ada kat depan satu kedai ni tgh usha2 barang..
mula2 pakcik tu tanya dari mana .. ckp kitorg cantik apa semua..
kitorg layankan je la.. biasalah xkan nak menyombong plak kan..
pastu tetibe die keluarkan phone and google translate untuk minta donation dalam bahasa melayu...
lelz.
naily masa tu dah lari masuk dalam kedai sbb die dah nampak pakcik tu google apa dlm phone die..
aq ngan fiq mula2 layan je.. tetibe bile aq baca phone die nak minta donation.. aq cam..
dehek pakcik ni...
aq pon ckp... "don ni oppseo"...maksdnye, "xde duit"..
mmg masa tu xde duit pun... dah habis buat shopping...
tapi pakcik tu cam paksa2 gak... die ckp seringgit pun xpe..
dalam hati aq cam ckp "nak aq bagi ko duit singgit malaysia ke?"
aq and fiq mcm nak lari dari situasi tu sebab x selesa.. tpi pakcik tu cam halang..
and masa tu lah muncul our savior yg kitorg panggil "fighting unnie" walopon x sure sebenarnye die lagi tua dari kitorg or tak...

fighting unnie ni nampak aq n fiq x selesa.. and die tanya naily kenapa. (naily masa tu dah lari masuk dalam kedai die)..
lepas naily explain.. die tarik aq n fiq masuk dalam kedai..
pastu die marah pakcik tu.. die ckp korea.. tpi aq n naily dpt tangkap sikit2 gak apa die ckp..
die marah and tanya kenapa pakcik tu kacau customer die (padahal kitorg cuma berdiri je kat depan kedai die)...
lepastu die terus call police... pakcik tu bla.. and die suruh kitorg tggu je dalam kedai sampai polis dtg..
masa tgh tggu tu aq sempat gak terbeli satu BB cushion limited edition yg harga dalam 24kwon..  hahaha..
lepas polis dtg, kitorg just bgtau je apa jadi in broken Korean... and fighting unnie yg explain kejadian tu..
pastu kitorg pon nak bla dari kedai tu... sebelom bla tu fighting unnie tu siap pegang tangan naily and nasihat suruh baik2 jalan and jaga diri... *jap aq nak lap air mata

Setiap kali aq, Naily and fiq membincangkan kisah ni mesti rasa cam hebat gila fighting unnie ni..
sebab pada kitorg, kalo bende tu berlaku kat org lain.. especially foreigner... and kalo aq kat tempat fighting unnie tu.. will i ever do the same as what she did?
I think now the answer is yes.. huhu.. so hopefully if that situation ever happen to anyone else.. i will try my best to protect them.. eceh...

Oh ye.. masa kat myeongdong tu kitorg ada jugak pegi nandameun market sebelah die... walking distance je...
kat nandameun market ni boleh beli souvenir utk bawak balik... harga die berpatutan and boleh tawar-menawar lagi...
kat sini gak kitorg jumpa sorg auntie yang jual satu kuih ni yang dibuat dari madu and kekacang...
ape yg awesome tentang auntie ni is sebab die boleh ckp melayu...
die tunjuk cemana cara die buat kuih tu sambil borak2 ngan kitorg... campur melayu,korea,english..
kalo ada perkataan2 baru melayu yg die nak tau.. die tanya kitorg and tulis dalam buku...
bagus kan? sentiasa ada semangat nak belajar.
marketing strategy die berkesan gak sebab aq fiq and naily borong byk gak kuih die.. haha...
tpi kuih die pon sedap.. so berbaloi je...

at Nandameun Market yg sangat busy

bergambar dengan auntie kuih yg pandai ckp melayu

makan egg bread kat myeongdong sebelum bergerak ke namsan tower

Lepas penat shopping kitorg nak bergerak ke namsan tower pula.
Namsan ni depan myeongdong, so kitorg jalan kaki je pergi sana.
kitorg decide untuk naik cable car masa naik, and jalan kaki masa turun untuk jimat kos.

masa naik tu tgh ala2 sunset, so mmg cantik view die.
Kitorg kene naik oreumi elevator (mcm escalator+lift) untuk pergi area cable car tu.. it was interesting..
lepas beli tiket cable car kene tggu giliran untuk naik cable car pula..

cable car tu akan berhenti kat satu area yg penuh ngan padlock kat situ pastu kene naik tangga smpai area namsan tower...

Jalan nak gi naik oreumi elevator

Ruang menunggu

Die ala2 cam fraser hill punya lift kat penang tu






arrived at the cable car area

beratur nak beli tiket

otw up

view from above inside cable car

stop area

pose gedik 2: kerana gedik itu perkara biasa



kene naik tangga few steps baru sampai kat area ni 

where old and new co-exist in one picture


Fiq adalah pioneer utk Signal  by Twice's Choreography

Sama kan macam gambar fiq yang kat atas tu. boleh kene saman JYP ni plagiarized fiq punya trademark

Naily kurus




View from above. Kuala Lumpur is 4 thousands km away from where we are standing.









Namsan Tower was the last destination for that day. It was super tiring sbb seoul sangat sibuk and ramai orang. Besides, we were shopping and travelling from one to many places that day.
Betullah org ckp, nak travel, travel masa muda. banyak tenaga. huhu.

Kitorg balik malam tu naik shuttle bas dari namsan tower, pergi the nearest train station and bergerak balik ke itaewon inn.
I dont really remember what we had for dinner that day, did we have dinner? not sure~
And sekali lagi, kitorg tido macam org pengsan malam tu. huhu.

So, that's it for today's entry. Next entry will be quite interesting. hihi.
Sebab esoknye aq and naily bergaduh. hahaha. details will be explained in the next entry.
Again, if you want to check our itinerary in details, boleh click sini: google drive link: Misi Mencari Rain

Hopefully, it wont take long for my next entry. huhu.

because Park Hae Jin Oppa asked for my hand. hiksss. Tapi xleh sentuh, oppa, you need to see my father first.